MACARONI FRUIT SALAD
- Foodieshouse_upsi
- Oct 18, 2019
- 2 min read
Updated: Dec 1, 2019
Tidak pernah rasa dan dengar Macaroni Salad Buah? Kami bawakan resepi dari Borneo terbang ke UPSI khas untuk anda. Sekali cuba terus jatuh cinta !

Mesti anda terliur dengan gambar di atas bukan? Pastikan anda terus membaca page kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang makanan di atas.
Unik dan bukan bishe-bishe
Adakah anda pernah dengar macaroni salad buah? Mesti anda membayangkan macaroni cheese bukan? Malangnya ia bukan dan sungguh jauh beza rasanya. Keep on reading !!
Macaroni salad buah adalah makanan daripada Sabah dan sangat unik . Rasanya seperti koktel buah diselit dengan macaroni. Mesti anda pelik dan cuba membayangkan rasanya bukan? Cuba beli dan pasti anda tidak akan menyesal kerana ianya sangatlah sedap dan berkhasiat !
Bahan yang digunakan
Sesungguhnya bahan yang kami guna adalah sangat berkhasiat iaitu buah-buahan segar yang dipotong dadu dan digaulkan dengan susu cair, susu pekat dan juga mayonis. Rasanya masam-masam manis yang mampu menggembirakan perut anda. Buah-buahan adalah sangat bangus kerana ia melawaskan perut kita dan juga memberi vitamin kepada kita. Nikmat Allah apa lagi yang kau dustakan wahai manusia.
Makanan yang kenyang lagi mengembalikan mood anda
Makanan tersebut mampu memberi senyuman dalam hidup anda
Makanan yang sedap dan mengeyangkan pasti tidak akan mengecewakan lagi-lagi makanan seperti macaroni salad buah. Selain berkhasiat, ia mampu membawa anda untuk mengenali makanan-makanan orang Sabah yang sangat unik dan sedap. Sungguh tidak rugi jika anda mencuba dan sudah pasti anda akan 'repeat order' ! Jangan lepaskan peluang keemasan rakan-rakan dan tempah sekarang!
Idea kami
Salah seorang ahli perniagaan kami merupakan orang Sabah dan mencadangakn untuk menjual makanan tersebut. Selepas rasa, kami tidak tergak-agak untuk setuju untuk menjual dan meneruskan perniagaan kami kerana ia telah mendapat permintaan yang tinggi. Jadi, apa tunggu lagi rakan-rakan. Tempah dan rasa sekarang sebelum anda meyesal.
Comments